Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Dorong warga emas lakukan aktiviti bermanfaat

    Ketika menjelang usia lanjut, warga emas sering menghabiskan sisa usia mereka dengan melakukan aktiviti harian di rumah sama ada menonton televisyen, bermain bersama cucu dan sebagainya.

    Bagaimanapun, warga emas seharusnya tidak terhad dengan aktiviti di rumah yang membosankan malah mereka juga perlu melakukan kegiatan yang lebih bervariasi agar tidak bosan. Memetik daripada artikel pesona.co.id menjelaskan, kegiatan warga emas perlu disesuaikan dengan minat dan kondisi kesihatan mereka.

    Kegiatan yang bervariasi tidak hanya merangsang atau menenangkan fikiran, tetapi juga menjaga keseimbangan mental seseorang.

    Dalam artikel ini akan dikongsikan beberapa jenis kegiatan yang boleh dilakukan warga emas.

    Meskipun sudah mencapai usia lanjut, warga emas seharusnya aktif bergerak atau melakukan olahraga secara teratur. Tujuannya adalah untuk mengurangi risiko terjadinya penyakit kronik dan menyihatkan mental mereka, justeru dengan tubuh sihat mereka dapat melakukan aktiviti yang mereka sukai.

    Warga emas seharusnya aktif bergerak atau melakukan olah raga secara teratur.

    Bagaimanapun, sebelum melakukan olah raga ini sebaiknya ajak mereka berjumpa doktor untuk mendapat nasihat jenis latihan yang boleh dilakukan oleh mereka. Sebagaimana yang dikongsikan dalam artikel pesona.co.id, terdapat beberapa jenis olah raga mudah dilakukan, antaranya melakukan aktiviti berjalan kaki, tai chi, golf, berenang, tarian dan sebagainya.

    Sebagai contoh dengan melakukan aktiviti tarian, selain memiliki unsur yang menyeronokkan ia juga baik untuk melancarkan peredaran darah dan merangsang otak agar tetap aktif.

    Setelah bersara atau tamat sekolah, kebanyakan warga emas terpisah dari pada rakan-rakan mereka. Justeru, sebagai anak kita boleh membantu mereka menjalinkan kembali hubungan dengan rakan-rakan sekolah atau kerja mereka.

    Kegiatan sosialisasi bagi warga emas sama pentingnya seperti latihan fizik. Jika mereka aktif bergaul, maka mereka akan merasa senang dan mempunyai rakan, sehingga kecenderungan depresi akibat kesepian boleh berkurangan.

    Bagi warga emas yang dulu belum sempat menyalurkan hobi karena sibuk bekerja, inilah saat yang tepat untuk menekuni kembali hobi yang belum kesampaian selama ini.

    Warga emas boleh mengikuti bengkel mengikuti hobi yang mereka minati seperti melukis, memasak, bertukang dan sebagainya.

    Meluangkan masa antara ahli keluarga merupakan kunci untuk mengeratkan perhubungan dan dapat membantu mengisi waktu lapang warga emas dengan pelbagai aktiviti. Momen bersama keluarga yang penuh dengan keceriaan akan menjadi satu kenangan yang menyenangkan bagi mereka.

    Mulakan dengan melakukan tugas mengemas rumah, berkaraoke atau bermain permainan yang merangsang otak sudah dapat membantu warga emas untuk lebih aktif.

    Berkebun atau memelihara haiwan peliharaan juga dapat membantu mengisi waktu lapang warga emas.

    Jika mereka boleh menggunakan komputer, mereka boleh memanfaatkan Internet untuk mencari resipi-resipi masakan atau idea menghias rumah sesuai selera mereka atau menjalin kembali hubungan dengan rakan-rakan lama atau sanak saudara terutama yang tinggal di luar kota atau luar negeri melalui media sosial. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...