Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Dortmund bangkit rebut kemenangan

    BERLIN, 9 JAN – Borussia Dortmund bangkit daripada ketinggalan dua gol selepas permulaan hambar untuk menewaskan Eintracht Frankfurt 3-2 dan mengembalikan keterujaan dalam perebutan gelaran juara Bundesliga, kelmarin.

    Gol kemenangan Mahmoud Dahoud pada minit ke-89 selepas Jude Bellingham menyamakan kedudukan pada minit ke-86 merapatkan Dortmund kepada enam mata di belakang Bayern Munich sehari selepas kekalahan 2-1 pendahulu liga itu di tempat sendiri kepada Borussia Monchengladbach.

    Semangat ditunjukkan Erling Haaland menjadi faktor kebangkitan Dortmund di mana dia terlibat dalam semua jaringan, dan mampu memperoleh empat gol di Frankfurt.

    “Itu sangat menjengkelkan,” kata pemain pertahanan Dortmund, Mats Hummels. “Itu adalah satu isu besar untuk kami, yang mana kami selalu melepaskan gol untuk yang tidak sepatutnya, serta kami selalu melepaskan gol ketika ia tidak sepatutnya berlaku.

    “Itulah yang berlaku dengan kedua-dua gol hari ini. Ia berlaku dua atau tiga kali di Berlin (3-2 tewas kepada Hertha sebelum cuti musim sejuk), dan kemudian pertemuan dengan Bayern, dua kali tidak bernasib baik, dan ia berlaku terlalu kerap dan awda tidak akan menang. Kestabilan perlu menjadi keutamaan jika kami ingin merebut peluang.”

    Reaksi Marco Reus dari Dortmund (belakang) melihat rakan sepasukannya Erling Haaland, beraksi membawa bola semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman antara Eintracht Frankfurt dan Borussia Dortmund di Frankfurt, Jerman, 8 Januari. – AP

    Penyerang Colombia, Rafael Borre membuka tirai gol melalui jaringan mudah hasil sepakan percuma Filip Kostic pada minit ke-15, kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-24 selepas aksi pertahanan yang longgar.

    Evan Ndicka membuat percubaan terkena tiang gol untuk Frankfurt sebelum Dahoud memberikan Jesper Lindstrom dari Frankfurt satu lagi peluang besar pada minit ke-34. Tetapi percubaan pemain tengah itu tersasar.

    Percubaan Haaland dan Julian Brandt memberikan sedikit harapan kepada pasukan pelawat selepas satu jam perlawanan.

    Thorgan Hazard berjaya memperoleh gol pada minit ke-71 selepas Haaland menghantar bola.

    Pemain dari Norway itu terbabit sekali lagi sebelum Thomas Meunier menghantar bola kepada Jude Bellingham untuk menyamakan kedudukan, dan Dahoud sekali lagi membuat percubaan dan menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...