BERLIN, 17 MEI – Borussia Dortmund mengesahkan kedudukan slot untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim hadapan selepas Raphael Guerreiro, Marco Reus dan Julian Brandt menjaringkan gol 3-1 dalam kemenangan menentang Mainz kelmarin.
Guerreiro dan ketua pasukan, Reus menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum pemain sayap Jerman, Brandt memastikan tiga mata milik mereka dengan percubaan terakhir perlawanan.
Dengan berbaki satu perlawanan, Dortmund yang menewaskan Leipzig 4-1 semasa memenangi Piala Jerman pada pertengahan minggu, tidak dapat menamatkan kedudukan di luar pasukan empat teratas.
Penyerang Mainz, Robin Quasion menjaringkan gol Bundesliga ke-30 selepas menjaringkan gol pada minit ke-90 menerusi sepakan penalti.
Kelayakan untuk beraksi di Europa mencatat keputusan yang luar biasa untuk Dortmund dalam enam minggu kebelakangan ini.

Mereka menghuni tangga kelima dan tujuh mata dari kedudukan Liga Juara-Juara selepas tewas 2-1 kepada Eintracht Frankfurt pada awal April.
Sejak itu, Dortmund memenangi kesemua enam perlawanan untuk mengesahkan kedudukan musim di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
“Tidak ramai yang mempercayai kami,” beritahu ketua pasukan Dortmund, Reus kepada Sky apabila ditanya mengenai usaha merapatkan jurang tujuh mata.
“Pasukan layak mendapat pujian. Kami menunjukkan mentaliti yang kuat dalam beberapa minggu ini.
“Kami terpaksa melakukannya, kami mampu melakukan perkara yang hebat.” – AFP