Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Dortmund dibelasah teruk Bayer Leverkusen

    BERLIN, 7 FEB – Harapan Borussia Dortmund untuk kejuaraan Bundesliga berkecai kelmarin apabila mereka tewas 5-2 di gelanggang sendiri kepada Bayer Leverkusen, dengan penyerang bintang yang cedera, Erling Haaland terpaksa menonton dari tepi padang.

    Dalam perlawanan yang mereka perlu menang untuk bersaing dalam perebutan kejuaraan, pertahanan lemah Dortmund menyaksikan mereka merosot kepada kekalahan keenam musim ini dan ketinggalan jauh di belakang pendahulu liga, Bayern Munich.

    “Ia adalah hari malapetaka bagi kami. Ini bukan masa untuk bercakap mengenai Bayern, kami mempunyai isu lain pada masa ini,” kata kapten Marco Reus kepada DAZN.

    Mereka kini ketinggalan sembilan mata di belakang puncak, dengan pendahuluan mereka ke atas pasukan tangga ketiga, Leverkusen berkurangan kepada hanya lima mata.

    “Ia adalah kekalahan yang pahit. Bercakap adalah satu perkara, tetapi kami perlu mempraktikkan sesuatu,” kata jurulatih Marco Rose, yang telah menjanjikan persembahan pertahanan yang lebih mantap sebelum perlawanan.

    Banyak yang telah diperkata mengenai ketiadaan Haaland, tetapi rakan seperjuangan, Mats Hummels yang sedang pulih lebih dirasai ketiadaannya, apabila barisan belakang Dortmund tidak memuaskan pada separuh masa pertama. – AFP

    Aksi Jude Bellingham semasa mengawal bola dalam perlawanan antara Borussia Dortmund dan Bayer Leverkusen kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...