Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Dortmund ingin selesaikan masa depan Haaland

    BERLIN, 29 DIS – Erling Haaland merupakan salah seorang pemain yang menjadi rebutan dalam bola sepak Eropah dan kelab Borussia Dortmund sedang menunggu untuk mengetahui sama ada mereka bakal kehilangan penyerang bintang mereka pada 2022.

    Penyerang berusia 21 tahun itu setakat ini menjaringkan 76 gol dalam 75 perlawanan untuk Dortmund sejak tiba dari Red Bull Salzburg pada Januari 2020.

    Klausa pelepasan dalam kontrak pemain itu di Dortmund sah sehingga 2024, membolehkan Haaland untuk meninggalkan kelab pada 2022 dan ketua pegawai eksekutif kelab, Hans-Joachim Watzke ingin mengetahui apa yang dirancang oleh ejen pemain tersebut, Mino Raiola.

    “Kami akan mengadakan perbincangan dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” Watzke memberitahu semasa awal Disember, “Dan kami akan memastikan kami tidak menunggu sehingga Mac atau April untuk mengetahui keputusan.”

    Pada Mac tahun ini, Haaland menjadi pemain terpantas untuk menjaringkan 20 gol di Liga Juara-Juara dalam 14 perlawanan.

    Sebagai perbandingan, Cristiano Ronaldo memerlukan 56 perlawanan di Liga Juara-Juara untuk mencapai jumlah gol yang sama.

    Manakala Lionel Messi bermain 40 perlawanan untuk menjaringkan 20 gol. – AFP

    Gambar fail bertarikh 20 Februari 2021, reaksi Erling Haaland meraikan gol semasa menentang FC Schalke 04 di Gelsenkirchen. Borussia Dortmund sedang menunggu untuk mengetahui sama ada mereka bakal kehilangan penyerang bintang mereka pada 2022.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...