Dortmund pintas Leipzig di Bundesliga

BERLIN, 8 MAC – Thorgan Hazard mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang bekas kelabnya serta membantu Borussia Dortmund mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 2-1 menentang Borussia Moenchengladbach semalam.

Perlawanan yang cukup tegang dan menyaksikan 10 kad kuning terbanyak dilayangkan pada musim ini dan merupakan yang tertinggi di Bundesliga dengan pemain dari kedua-dua pasukan mencetuskan perkelahian sehingga jurulatih Dortmund, Lucien Favre terpaksa turun padang mengatasi insiden itu.

Pasukan tuan rumah memulakan permainan yang sempurna, sebelum pemain tengah Gladbach, Hazard menjaringkan gol menerusi hantaran Erling Braut Haaland.

Namun Gladbach berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 ketika Lars Stindl melakukan rembatan melalui hantaran Alassane Plea untuk menjaringkan gol kelimanya dari empat perlawanan.

Dortmund datang kembali bangkit pada minit ke-66 apabila Jadon Sancho dimasukkan sebagai pemain gantian kerana direhatkan bagi perlawanan penting Dortmund menentang Paris Saint-German minggu depan.

Hantaran assist Sancho ke-15 pada musim ini menemui Achraf Hakimi pemain pinjaman dari Real Madrid menewaskan Yann Sommer untuk gol kemenangan.

Kemenangan itu menyaksikan Dortmund memintas Leipzig di tempat kedua liga, mengejar pendahulu liga Bayern Munich dengan satu mata.

RB Leipzig kehilangan dua mata pada perlawanan hujung minggu lalu selepas seri 0-0 di Wolfsburg. –AFP

Aksi pemain tengah Moenchengladbach, Christoph Kramer dan pemain Dortmund, Julian Brandt ketika bersaing merebut bola semasa perlawanan diantara Borussia Moenchengladbach dan Borussia Dortmund di Moenchengladbach kelmarin. – AFP