Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Dortmund seperti tewas’

    BERLIN, 28 Okt – Pemain tengah Jerman, Mario Goetze mengakui keputusan seri 2-2 ketika Borussia Dortmund menentang Hertha Berlin di laman sendiri semalam dirasakan seperti kekalahan selepas pendahulu Bundesliga itu melepaskan gol pada masa kecederaan.

    Jadon Sancho menjaringkan gol pada kedua-dua babak tatkala Dortmund cuba memburu kemenangan ketujuh berturut-turut dalam semua pertandingan, namun semuanya berkecai selepas Salomon Kalou menyempurnakan penalti pada minit ke-91 di Signal Iduna Park.

    “Jika anda lihat perlawanan hari ini, ia sebenarnya seperti kami kalah. Kami kehilangan dua mata,” kata Goetze, yang melakukan hantaran cantik kepada Sancho bagi jaringan pembukaan Dortmund pada minit ke-27.

    “Kami tidak menyempurnakan peluang yang ada pada separuh masa kedua. Kami bekerja dalam satu kumpulan tapi buat kali pertama ia tidak menjadi dan kami kurang efisyen dengan peluang yang ada,” katanya lagi. Dortmund dihukum pada minit akhir selepas pertahanan, Dan Axel Zagadou menjatuhkan penyerang Hertha, Davie Selke dalam petak penalti dan Kalou berjaya menyudahkannya.

    “Kami sudah merancang sesuatu yang istimewa tapi dari segi keberanian kami masih lagi kurang,” kata jurulatih Hertha, Pal Dardai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda