Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Dos penggalak boleh diambil selepas pulih dari COVID-19

    KUALA LUMPUR, 20 MAC – Individu yang telah divaksinasi dan pulih daripada COVID-19 digesa mengambil suntikan dos penggalak dengan segera.

    Ketua Pegawai Eksekutif Protect-Health Corporation Sdn Bhd Anas Alam Faizli yang membuat gesaan itu berkata kini seseorang itu boleh terus disuntik dengan dos penggalak sebaik sahaja dia pulih dari COVID-19 dan selepas berunding dengan doktor yang melakukan suntikan vaksinasi.

    Dalam kenyataan hari ini, beliau turut mengulangi gesaan supaya orang ramai mengambil dos penggalak bagi tujuan melindungi kelompok rentan dalam negara yang terdedah daripada jangkitan virus itu.

    “Kira-kira 7.5 juta orang dewasa dalam negara belum mendapat suntikan dos penggalak dan jumlah ini termasuk 835,000 individu berumur 60 tahun ke atas, serta 2.1 juta penerima vaksin Sinovac sepenuhnya.

    “Kita mesti lindungi kelompok rentan yang terdedah daripada COVID-19. Tolong pastikan mereka mengambil dos penggalak sekarang dan lindungi keluarga anda,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...