Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Dos penggalak mampu lawan gelombang Omicron

    KUALA LUMPUR, 22 FEB – Keberkesanan dos vaksin penggalak dilihat mampu mengurangkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia yang dicetuskan oleh gelombang varian Omicron ketika ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata data terkini dari empat minggu lepas iaitu dari 24 Jan hingga 21 Feb, menunjukkan kumpulan individu tidak divaksin adalah yang paling berisiko dijangkiti COVID-19 yang serius terutama kategori empat dan lima bagi semua kumpulan umur.

    “Perkara ini dibuktikan dengan kes COVID-19 per 100,000 populasi mengikut status vaksinasi meningkat kira-kira 10 hingga 80 kes direkodkan untuk kategori (3,4 dan 5) bagi semua kumpulan umur.

    “Kumpulan individu yang menerima dos penggalak adalah paling terlindung, apabila bawah 20 kes dilaporkan dan dilihat kurang kes jangkitan yang serius iaitu kategori 3, 4, dan 5 dan juga kes kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Setakat ini sejumlah 14,078,456 atau 59.8 peratus dos penggalak diberikan kepada golongan individu dewasa dalam Program Imunisasi COVID-19 Dos Penggalak (PICK-B) sejak 1 Oktober 2021 hingga semalam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...