Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Dos penggalak remaja mula 16 April ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Dos penggalak atau dos ketiga bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan dimulakan pada Sabtu, 16 April ini di semua pusat vaksinasi di seluruh negara.

    “Kanak-kanak dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang telah mendapatkan dos kedua vaksinasi COVID-19 dalam masa sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu boleh menempah slot vaksinasi dos ketiga melalui aplikasi BruHealth yang akan mula dibukakan pada hari Jumaat, 15 April 2022 jam 12 tengah hari,” menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media harian COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Pada sidang itu juga, Yang Berhormat Dato mengongsikan sebanyak 1,845 dos vaksin telah pun diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, setakat kelmarin, membawa kepada jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 5,668 dos merangkumi 13.2 peratus daripada kanak-kanak di dalam kumpulan umur tersebut.

    Sementara itu, liputan bagi penduduk negara ini yang telah menerima tiga dos vaksin adalah pada kadar 62.2 peratus setakat kelmarin.

    Program Vaksinasi Kebangsaan bagi golongan berusia 12 hingga 17 tahun bermula 8 November tahun lalu, di mana dianggarkan 40,000 daripada remaja di negara ini layak menerima vaksin.

    Pada sidang media 22 November lalu, Menteri Pendidikan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman mengatakan 37,089 atau 97 peratus pelajar dari sekolah dan insitusi di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga sekolah swasta dan antarabangsa telah menerima dos pertama dan ianya berjalan lancar.

    Gambar fail vaksinasi remaja dos pertama.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...