Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

DPMM FC beraksi cemerlang

Oleh Kemri HMZ

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Bagi memburu gelaran di Liga Perdana Singapura, DPMM FC sekali lagi telah berjaya mencatatkan kemenangan selepas menewaskan Balestier Khalsa FC 2-1 pada pertemuan yang berlangsung di Stadium Toa Payoh, Singapura.

Pada perlawanan separuh masa pertama, Hazzuwan Halim telah menjaringkan gol pembukaan buat Balestier Khalsa pada minit kedua setelah perlawanan bermula.

Sementara itu, pada perlawanan pusingan separuh kedua pula, DPMM FC telah berhasil mengutip mata pertama buat skuad DPMM FC pada minit ke-55, hasil jaringan mengejutkan Volodymyr Pryiomov, yang sekali gus membawa gol penyamaan DPMM FC dan Balestier 1-1.

Manakala pada minit ke-64, DPMM FC sekali lagi menjaringkan gol kedua buat pasukan itu menerusi jaringan penalti yang diberikan kepada Adi Said.

Gambar diambil dari laman Facebook Balestier Khalsa FC menunjukkan aksi menarik antara Pasukan DPMM FC bertemu Balestier Khalsa FC di Stadium Toa Payoh, Singapura.

Jaringan kedua itu telah memastikan kemenangan DPMM FC ke atas Baletier Khalsa hingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan yang berjaya diperoleh hari ini telah meletakkan DPMM FC berada di tangga ketiga dengan kutipan 10 mata dalam Liga Perdana Singapura.

DPMM FC seterusnya akan berhadapan dengan Young Lions pada 23 Mei depan di Stadium Jalan Besar Singapura.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -