Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    DPMM FC berpesta gol 8-0, teruskan kemaraan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Piala FA Brunei 2022 antara pasukan DPMM FC bertemu Nelayan FT di Stadium Mini Jerudong, malam tadi.

    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.

    Pasukan DPMM FC, yang dijangka akan mara ke pusingan seterusnya, meneruskan rekod kemenangan dalam Kumpulan E selepas membelasah Nelayan FT 8-0.

    Penyerang muda DPMM FC, Hakeme Yazid bin Said tidak beraksi untuk pasukan kerana turun bermain untuk skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20) petang tadi menentang Pasukan B-20 Sarawak dalam perlawanan persahabatan Tier 2.

    Perlawanan tersebut merupakan kali kedua buat Mohammad Helme bin Panjang mengendalikan pasukan selaku ketua jurulatih, dan jaringan mula dihasilkan seawal minit ke-12 menerusi ketua pasukan, Azwan Ali Rahman.

    Penyerang DPMM, Muhammad Shahrazen Said menggandakan kedudukan pada minit ke-24 dan Azwan Mohd Salleh turut mencetak nama selaku penjaring. Muhammad Shahrazen dan Azwan masing-masing menambah satu gol untuk menjadikan kedudukan 5-0 sebelum separuh masa pertama tamat.

    Mereka kemudian melakar hatrik pada separuh masa kedua dan gol daripada Muhd Nurikhwan Othman melengkapkan kemenangan buat DPMM FC. Pasukan DPMM FC turut mencatat dua perlawanan tanpa bolos berturut-turut, yang sebelum ini memulakan kempen dengan membelasah Seri Wira FC 18-0.

    Bekas pemenang Piala FA itu akan berusaha memburu peluang menjulang trofi, di mana kali terakhir mereka memenangi gelaran tersebut pada 2004.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bola sepak Piala FA 2022 antara DPMM FC dan Nelayan FC yang berkesudahan DPMM FC menang 8-0 di Stadium Mini Jerudong. Berangkat sama ialah anakanda, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim. – Gambar oleh Infofoto
    Aksi pemain DPMM FC dan Nelayan FT semasa berentap di saingan Piala FA Brunei 2022 di Stadium Mini Jerudong, semalam. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...