Oleh Fadhil Yunus
Gambar oleh Infofoto
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – DPMM FC melakar dua kemenangan selesa berturut-turut dalam aksi Liga Super Brunei (BSL) 2021 selepas membelasah Rimba Star FC 15-0 pada perlawanan berlangsung di Stadium Mini Jerudong Park, Jerudong, malam ini.
Berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.
Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.
Kebuntuan permainan berjaya dipecahkan semasa Azwan Ali Rahman memulakan serangan dengan menghantar bola kepada Fakharrazi Hassan.
Pemain tengah itu, yang kembali bersama pasukan senior selepas beraksi untuk pasukan B musim lalu yang tergendala akibat COVID-19, membuat hantaran cantik kepada Andrei Varankou yang menyudahkannya ke gawang lawan dengan tandukan.
Hakeme Yazid bin Said dipilih bergandingan dengan Varankou di bahagian serangan dan dia hampir membantu rakan sepasukan menjaringkan gol selepas membuat hantaran, namun percubaan penyerang dari Belarus itu tersasar keluar.
Pasukan tuan rumah meningkatkan tekanan dengan Varankou mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Rimba Star FC.
DPMM FC terus mengegarkan gawang lawan selepas tandukan daripada Fakharrazi hasil hantaran lintang Najib Tarif berjaya menambah mata jaringan buat pasukan.
Azwan Ali nyaris mencetak nama selaku penjaring selepas merampas bola namun percubaannya tersasar keluar.
Walau bagaimanapun, dia berjaya menjaringkan gol untuk pasukan DPMM FC setelah menerima hantaran bola daripada Varankou.
Hanif Farhan membantu rakan sepasukan menjaringkan gol selepas kesilapan dilakukan oleh penjaga gol Rimba Star, Syafie Fakhrusy Anaqi sementara Azwan Ali turut terlibat dalam satu lagi gol.
Sementara itu, dalam perlawanan lain Kota Rangers FC berjaya menewaskan Bakes FC 9-1 manakala Kasuka FC turut meneruskan rekod kemenangan dengan mengalahkan BSRC FC 4-0.
Dalam perlawanan berasingan di Kompleks Sukan Berakas, MS PPDB berjaya menundukkan Panchor Murai FC 4-0 hasil jaringan Azim Rashid, Naim Tarif, Fakhril Tamimi dan Hafiz Ahmad.
Namun, Azwan Ali berjaya menjaringkan gol setelah menerima hantaran bola daripada Varankou.