Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    DPMM FC raih kemenangan pertama Liga Perdana Singapura

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – DPMM FC memperoleh kemenangan pertama mereka musim ini dalam Liga Perdana Singapura dengan keputusan 2-1 menentang Tanjong Pagar United di Stadium Jalan Besar di Singapura malam tadi.

    Blake Ricciuto memberikan peluang pertama permainan selepas cubaan rendahnya yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol DPMM FC, Akmal Tursunbaev.

    Tanjong Pagar mempunyai peluang terbaik untuk membuka jaringan apabila penyerang Marin Mudrazija kelihatan melepaskan rembatan tetapi pertahanan DPMM FC, Hirzi Zulfaqar Mahzan datang membantu dengan terjahan menggelongsor.

    Meskipun Hirzi Zulfaqar berusaha untuk menghalang DPMM FC daripada ketinggalan, malangnya selepas Shakir Hamzah memberikan hantaran lintang untuk Marin Mudrazija, bola itu berakhir di jaringnya sendiri.

    DPMM FC cuba membuka ruang dalam permainan apabila Azwan Ali Rahman menghantar bola yang baik kepada penyerang utama, Andrei Varankou yang rembatannya ditepis untuk sepakan sudut. Pemain pertahanan DPMM FC, Hirzi Zulfaqar Mahzan membuat tendangan kencang di garisan gol untuk menghalang apa yang sepatutnya menjadi gol sendiri.

    Reaksi pemain DPMM FC meraikan gol. – Gambar serahan Liga Perdana Singapura

    Pengadil juga telah membuat semakan VAR untuk sebarang kemungkinan bola terkena tangan tetapi tiada sepakan penalti diberikan.

    Pasukan DPMM FC, yang memulakan separuh masa kedua dengan semangat baharu, membalas serangan dengan menyamakan kedudukan selepas Andrei Varankou menghasilkan jaringan menakjubkan pada minit ke-56. DPMM FC kemudiannya mempunyai kelebihan pemain selepas pemain pertahanan Tanjong Pagar, Raihan Rahman dibuang padang selang seminit kemudian.

    Pasukan Tanjong Pagar enggan berundur walaupun mengalami kelemahan, namun Naqiuddin Eunos yang sebelumnya bermain untuk Young Lions berusaha untuk mencetak gol meskipun dia dan pasukannya kini bergelut dengan kekurangan seorang pemain. Namun, percubaannya gagal setelah dapat ditangani dengan baik oleh penjaga gol DPMM FC.

    Pasukan DPMM FC mendahului perlawanan tetapi percubaan Varankou tepat meluru ke arah penjaga gol Tanjong Pagar dan mematahkan percubaannya selepas menerima bola daripada pemain gantian Azizi Ali Rahman.

    DPMM FC akhirnya mendapat pendahuluan untuk bertahan apabila pertahanan Jaguars leka, membolehkan Hanif Hanir menerkam dengan tandukan.

    Ketika DPMM FC berhasil mendahului perlawanan, Varankou mempunyai peluang yang baik untuk menamatkan permainan dengan menambah satu lagi jaringan tetapi ia tidak menjadi masalah pada akhirnya kerana wisel penamat dibunyikan sejurus selepas percubaannya itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...