Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM FC terikat 2-2

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jan  – Kelab bola sepak DPMM FC berjaya mengikat Pasukan Navy FC dengan jaringan 2-2 pada perlawanan persahabatan yang diadakan di Navy Stadium, Thailand , hari ini.

    Perlawanan tersebut diadakan sebagai latihan buat kelab elit negara itu bagi  persiapan menjelang Liga Singapura (S.League) bagi musim 2017.

    Steve Kean yang masih membimbing pasukan berkenaan, jelas lega apabila anak buahnya berjaya mendahului jaringan 2-0 di separuh masa pertama.

    Meskipun keputusan berakhir dengan seri 2-2, perlawanan berkenaan dilihat sebagai latihan pemanasan badan yang sangat positif ketika skuad Steve Kean akan kembali ke pentas S.League nanti.

    Dalam perlawanan itu, DPMM FC turut menurunkan kelibat  pemain pertahanan dari Craotia, Ivan Futsar sebagai ujian dan telah menunjukkan aksi yang baik untuk menarik tumpuan Kean.

    Kesebelasan utama DPMM FC dalam perlawanan persahabatan hari ini.
    Kesebelasan utama DPMM FC dalam perlawanan persahabatan hari ini.

    Sementara itu, penerima Kasut Emas S.League 2016, Rafael Ramazotti yang dijangka kekal dalam skuad DPMM FC musim baru ini turut memperlihatkan sentuhan menarik  dengan menyumbangkan satu gol.

    Sementara itu, bekas penjaga gawang kebangsaan, Alizanda Sitom juga membarisi barisan pemain pada perlawanan persahabatan itu.

    Selepas perlawanan ini, Skuad DPMM FC akan meneruskan lagi perlawanan persahabatan mereka di Thailand.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda