BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Meskipun ketinggalan dua gol, Pasukan Brunei DPMM FC berjaya bangkit bagi meraih keputusan seri 2-2 menentang Pasukan Warriors F.C dalam saingan Liga Perdana Singapura di Stadium Choa Chu Kang, semalam.
Dalam perlawanan itu, Pasukan Warriors F.C terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-7, hasil jaringan Kento Fukuda, kemudian diikuti dengan jaringan Sahil Suhaimi pada minit ke-8, sekali gus membawa kepada kutipan mata 2-0 ke atas Pasukan DPMM FC. (Klik di sini untuk cerita lanjut)