Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    DPMM FC terus mara

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat menyaksikan perlawanan timbal balik Piala FA Brunei 2022 antara pasukan DPMM FC bertemu Kota Ranger di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah serta kerabat diraja.

    Juara dua kali Liga Perdana Singapura itu meneruskan kemenangan di peringkat domestik setelah mengesahkan kedudukannya di peringkat separuh akhir dalam aksi menentang Kota Ranger FC dengan keputusan menang 3-0 secara agregat.

    Pada babak pertama, DPMM FC menewaskan lawannya 2-0 melalui cubaan Muhammad Shahrazen Said dan Abdul Azizi Ali Rahman, manakala cubaan Hakeme Yazid bin Said tersasar.

    Pada penghujung separuh masa pertama, penyokong Kota Ranger menzahirkan ketidakpuasan hati mereka dengan mutu pengadil perlawanan.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menyaksikan perlawanan pusingan kedua Piala FA Brunei 2022 antara DPMM FC dan Kota Ranger yang berkesudahan dengan kemenangan 2-0 DPMM FC di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. – Gambar oleh Infofoto
    Aksi perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir, Piala FA Brunei 2022 antara DPMM FC dan Kota Ranger FC di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin. – Gambar Infofoto

    Hakeme berganding bahu dengan pemain simpanan, Syariee Mohamad Masrazni untuk mencari gol tambahan namun usaha mereka tidak membuahkan hasil.

    Mohammad Helmi Haji Zambin juga tidak melepaskan peluang untuk berusaha menghasilkan gol, namun penjaga gol Kota Ranger FC, Mohammad Hendra Putra Idris bijak menyelamatkan keadaan.

    Suasana panas menjadi sedikit reda selepas salah seorang penyokong membuat jenaka apabila seorang pemain DPMM FC terjatuh di dalam kotak penalti. Tendangan penalti dipinta walaupun jelas sekali tiada sentuhan dilakukan oleh pemain Kota Ranger.

    Namun perlawanan tersebut dicemari cemuhan yang melibatkan kedua-dua penyokong pasukan.

    Dalam pertemuan separuh akhir yang lain, Kasuka FC telah menewaskan MS ABDB, sekali gus bakal berdepan dengan DPMM FC untuk aksi final.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...