DPMM menerima mengadap Pavlo Klimkin

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine, Pavlo Klimkin di Qashr Al-Meezaan, kelmarin.

Turut hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ukraine ke Negara Brunei Darussalam, Dmytro Senik.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota ketika berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine di Qashr Al-Meezaan, kelmarin.
Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota ketika berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine di Qashr Al-Meezaan, kelmarin.