Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah mengadakan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
Majlis yang dihadiri oleh seramai 50 orang ahli dan para penaung DPPMB itu telah diketuai oleh Yang Di-Pertua DPPMB, Dr. Haji Kamaruddin bin Dato Seri Paduka Haji Talib.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang diteruskan dengan Tahlil dan doa. Majlis keagamaan ini adalah antara aktiviti DPPMB bagi mengeratkan lagi hubungan antara para ahli dan para penaung persatuan.
