DPPMB terima sumbangan penutup mulut dan hidung

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Persatuan Import dan Eksport Taipei yang diwakili oleh Andrew Lee dari Pejabat Budaya dan Ekonomi Taipei Brunei Darussalam hari ini menyumbangkan sebanyak 2,400 penutup mulut dan hidung kepada Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB).

Hadir menerima sumbangan pada majlis yang diadakan di DPPMB, Beribi itu ialah Pengarah Eksekutif DPPMB, Haji Mohd Hanafi bin Pehin Dato Haji Abdul Rahman.

Sumbangan berkenaan adalah usaha berterusan persatuan tersebut dalam sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Menurut Presiden ASEAN Food dan Beverage Alliance, Haji Abdul Halim bin Haji Saim yang juga selaku setiausaha agung DPPMB, sumbangan berkenaan dapat mengeratkan hubungan yang sedia ada antara kedua belah pihak, sekali gus menjadi simbol persahabatan yang baik terhadap penduduk dan rakyat di negara ini.

Andrew Lee ketika menyerahkan sumbangan kepada Haji
Mohd Hanafi.