Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Diary Queen (DQ) Brunei kini memperkenalkan promosi aiskrim ‘Guardian Awesome Blizzard Mix’ sempena tayangan filem ‘Guardian of the Galaxy Vol.2’ yang akan ditayangkan di setiap cawangan Times Cineplex di ibu negara.
Aiskrim yang ditawarkan itu merupakan salah satu aiskrim kegemaran ramai dengan topping campuran Oreo, Chocolate Chunk dan juga Almond.
Pengumuman mengenai promosi terbaru berkenaan dibuat semasa sidang media yang berlangsung di DQ, di Airport Mall, Berakas, hari ini.
Dalam pada itu, DQ Brunei juga memberitahu bahawa pelanggan juga berpeluang mendapatkan Upsize Ice Cream percuma bagi setiap pembelian aiskrim DQ dengan menunjukkan tiket-tiket wayang.


Setelah itu, pelanggan berpeluang memilih topping terpilih.
Pelanggan hanya perlu menunjukkan tiket wayang berkenaan ke cawangan-cawangan DQ untuk mendapat Upsize Ice Cream secara percuma.
Promo Upsize berkenaan hanya sah digunakan untuk tiket wayang di Times Square, Hotel Empire, Tutong dan KB Cineplex sahaja. Promosi berkenaan telah bermula semalam hingga 9 Mei 2017.
Sempena pelancaran aiskrim terbaru ini, DQ Brunei juga memperkenalkan kek khas ‘Guardian of the Galaxy Vol.2’.