Dr Mahathir bertemu Kurz

VIENNA, 21 Jan – Pertemuan dua hala Dr Mahathir Mohamad dengan Canselor Republik Austria, Sebastian Kurz, di Federal Chancellery di sini hari ini, mencipta sejarah sebagai pertemuan antara pemimpin tertua dan termuda di dunia.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri tertua dunia pada usia 93 tahun ketika ini selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri ketujuh susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14, pada Mei tahun lalu. Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 1981 hingga 2003.

Manakala, Kurz, kini berusia 32 tahun, menjadi pemimpin dunia termuda selepas parti konservatif, Parti Rakyat Austria, yang dipimpinnya, memenangi Pilihan Raya Parlimen negara itu tahun lalu. – Bernama