Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Dr Mahathir hampir pulih sepenuhnya

    KUALA LUMPUR, 9 FEB – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hampir pulih sepenuhnya selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu lepas.

    Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook hari ini, Dr Mahathir memaklumkan beliau kini sudah mampu melakukan pelbagai aktiviti harian dan berharap untuk pulih sepenuhnya.

    “Adakalanya saya taklah berharap untuk pulih tetapi Alhamdulillah, dengan rawatan yang diberi di IJN, saya pulih. 

    “Waktu ini saya boleh berjalan, makan, tidur, duduk.

    Saya hampir macam biasa, tapi tidak begitu kuat untuk buat kerja sebagai-nya. Tapi saya berharap saya boleh pulih,” katanya. 

    Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dirinya sehingga berjaya pulih daripada penyakit yang disifatkan beliau sebagai amat teruk.

    Menerusi satu lagi hantaran di Facebook, Dr Mahathir turut berkongsi gambar beliau beriadah di sekitar Tasik Putrajaya pagi ini dengan ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. – Bernama

    Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berbual dengan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan menikmati minuman di kediamannya pada 4 Februari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...