Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Dr Mahathir masih jalani proses rawatan pemulihan

    KUALA LUMPUR, 4 FEB – Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjalani proses rawatan pemulihan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, menurut Pejabat Tun Dr Mahathir.

    Pejabat itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekas Perdana Menteri itu telah dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Februari lepas dan kemudian kembali ke IJN untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

    “Yang Amat Berbahagia Tun (Dr Mahathir) dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai,” menurut kenyataan tersebut.

    Pejabat itu turut memaklumkan Dr Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan ketika ini masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat.

    Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari.

    Sementara itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman YouTube hari ini, Dr Mahathir memaklumkan sendiri bahawa beliau masih belum pulih sepenuhnya, dan berulang-alik ke rumah dari hospital setiap hari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...