Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dr Mahathir terima kunjungan hormat Bishop

    PUTRAJAYA, 2 Ogos – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Julie Bishop di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

    Dalam pertemuan selama sejam itu, Dr Mahathir dan Bishop telah bertukar-tukar pandangan mengenai cara untuk meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia, selain isu-isu serantau dan glo-bal.

    Bishop yang turut diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski, tiba di perkarangan yayasan itu pada 11.30 pagi.

    Bishop kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Selasa lalu.

    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Julie Bishop semasa menerima kunjungan Menteri Luar Austalia itu di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, kelmarin. – Bernama

    Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa berkata tujuan lawatan itu adalah untuk memperkukuh hubungan dengan kerajaan baharu dan memastikan hubungan dua hala yang sedia terjalin berkekalan.

    Wisma Putra dalm kenyataan itu juga berkata lawatan Bishop akan membuka ruang serta peluang kepada Australia dan Malaysia untuk meneroka selain mempemperkukuh hubungan erat yang sedia terjalin di bawah perkongsian strategik yang telah dipersetujui bersama, dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertahanan dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda