Drama Itaewon Class ubah Park Seo Joon jadi lebih matang 

Pelakon Park Seo Joon memberitahu dia tidak menyangka watak sebagai Park Seo Joon dalam drama Itaewon Class telah mengubah kehidupan dan dirinya menjadi seorang yang lebih matang.

Menurut laporan Soompi, Park Seo Joon mengakui watak tersebut berbeza dengan dirinya yang sebelum ini tidak memikirkan tentang masalah masyarakat sekeliling.

“Saya selalu terfikir macam mana watak sebagai Park Sae Roy dapat mempengaruhi kehidupan masyarakat menerusi drama tersebut. Pada mulanya saya bukan orang yang berminat dalam masalah dalam masyarakat.

“Tetapi sejujurnya watak Sae Roy itu sangat berbeza dengan keperibadian saya. Semasa menjalani penggambaran drama ini, saya lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan membuatkan saya semakin matang,” katanya.

Dalam pada itu, Park Seo Joon berkata penglibatannya dalam drama itu juga membawa kembali dirinya ke titik permulaan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Saya rasa drama ini telah membawa saya kembali ke titik permulaan. Ia memberikan peluang untuk saya melihat semula kerjaya lakonan saya,” ujarnya. –Agensi

Park Seo Joon semakin matang selepas membintangi drama Itaewon Class. – Agensi