Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    ‘Drama’ sebelum tayang

    Belum ditayangkan TV3, drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah menarik perhatian ramai hingga menjadi bahan perdebatan ‘hangat’ dalam media sosial.

    Semuanya gara-gara kontroversi di luar set penggambaran yang antara lain mendakwa Sophia cuba mengganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan isterinya, Bella Astillah, melalui hantaran mesej dan panggilan kepada jejaka itu.

    Isu bertambah hangat apabila Bella memuat naik tangkap layar perbualannya bersama individu dipercayai Sophia yang disyaki menjadi ‘orang ketiga’ yang cuba mengganggu rumah tangganya, seperti dikongsi di Instagram (IG).

    Kontroversi berpanjangan apabila Sophia, pada saat akhir, membatalkan temu janji untuk hadir pada sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah arahan Osman Ali di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, kelmarin, ketika ramai petugas media menanti kemunculan aktres sensasi itu.

    Tindakan Sophia itu, kemudian dipersoal Bella yang teguh dengan pendirian membuat pendedahan atas perkara yang didakwanya sahih.

    Aliff menepis dakwaan isu gangguan rumah tangga hanyalah guimik drama. – Agensi

    Rentetan kontroversi itu, warganet pantas mengandaikan apa yang berlaku sebagai perancangan syarikat produksi yang sengaja mencetuskan gimik untuk mengumpan penonton.

    Ketika diajukan pertanyaan itu kepada Aliff, aktor kelahiran Singapura ini menepis dakwaan itu sambil menyatakan isu rumah tangga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main.

    “Perkara ini bukan gimik. Aliff sendiri sebagai pelakon, jika pada masa akan datang perlu buat gimik untuk menaikkan sesuatu drama atau karya, Aliff tidak akan setuju.

    “Adalah lebih baik drama itu naik kerana naskhah yang bagus berbanding sengaja mereka-reka cerita.

    “Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan untuk kita jadikan bahan gimik.

    “Ia juga bukan sengaja digembar-gembur untuk buat kecoh, sebaliknya, perkara ini benar-benar berlaku.

    “Saya harap kita boleh tinggalkan apa yang sudah berlalu dan terus pandang ke depan,” katanya pada sidang media itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...