Drama The Penthouse bakal diteruskan?

Drama siri popular Korea Selatan, The Penthouse baru tamat ditayangkan baru-baru ini.

Dengan jalan cerita yang hebat, drama ini berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8 peratus untuk episod terakhir.

Bagaimanapun sebaik tamat sahaja musim pertama The Penthouse, penonton mula menunjukkan rasa tidak sabar menantikan tayangan musim kedua.

Menurut laporan media, laman web rasmi SBS memaklumkan tarikh penayangan The Penthouse 2 adalah pada 5 Februari akan datang.

Dikhabarkan pihak SBS turut menukar slot tayangan itu kepada Jumaat- Sabtu dan bukan seperti musim sebelumnya iaitu pada Isnin-Selasa.

Walaupun itu yang ditetapkan buat masa ini namun waktu dan tarikah tayangan boleh berubah mengikut pihak SBS.

Selain musim kedua, difahamkan juga The Penthouse bakal diteruskan untuk musim ketiga.

The Penthouse musim pertama yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod telah mendapat 5.3 juta tontonan sekali gus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara. – Agensi

Dikhabarkan The Penthouse musim kedua bakal ditayangkan pada Februari nanti. – Agensi