Drama tular musim PKP, The World of the Married

Drama paling menjadi sebutan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) The World of the Married boleh distrim menerusi platform dimsum entertainment mulai Jumaat ini.

Dekat dengan jiwa penonton, The World of the Married mengisahkan tentang seorang doktor bernama Ji Sun-Woo yang memiliki sebuah kehidupan yang hampir sempurna. Sungguhpun memiliki segala-galanya, Ji Sun-Woo mengesyaki bahawa suaminya, Lee Tae-Oh main kayu tiga.

Hal ini kerana, Ji Sun-Woo terjumpa pelembab bibir berona merah di dalam kocek jaket suaminya.

Benar seperti yang dijangka, Ji Sun-Woo mendapati bahawa suaminya itu sedang berlaku curang.

Lebih memburukkan keadaan, suaminya selingkuh dengan rakannya sendiri. Sejak daripada itu, kehidupan mereka suami isteri mula berubah.

Untuk rekod, The World of the Married merupakan adaptasi daripada drama siri dari Britain, Doctor Foster yang pernah disiarkan di BBC One pada tahun 2015 dan 2017. Doctor Foster dibintangi oleh Suranne Jones dan Bertie Carvel

Tersedia untuk distrim bermula 1 Mei 2020, The World of the Married membariskan pelakon-pelakon popular seperti Kim Hee-Ae, Park Hae-Joon, Han So-Hee dan Park Sun-Young. – Agensi

The World Of The Married drama Korea paling mendapat perhatian ketika ini. – Agensi