Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dream Cones Brunei pindah ke cawangan baru

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Restoran Aiskrim Gelato, Dream Cones Brunei kini telah dinaiktarafkan dengan pengurusan terbarunya dan berpindah ke cawangan baru yang terletak di Bangunan Seri Kenangan II, Kiulap.

    Cawangan berkenaan telah dibukakan kepada orang ramai pada Jun lalu dan telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan, menurut jurucakap Dream Cones semasa ditemui baru-baru ini.

    Menurut beliau lagi, Dream Cones Brunei menawarkan lebih 50 perisa aiskrim gelato yang lazat dan unik seperti perisa Cotton Candy, durian, Cookie Monster, Passionfruit, Lotus Cookie dan sebagainya.

    Bahan-bahan untuk membuat gelato ini, tambahnya, didatangkan dari Thailand dan Itali, yang mana kesemua bahan berkenaan dijamin halal.

    Dream Cones Brunei merupakan francais dari Thailand dan Dream Cones juga mempunyai francais di pelbagai negara antaranya China, Bangladesh, Malaysia, Myanmar, Mauritius, Nigeria, Oman dan banyak lagi.

    Dream Cones Brunei menawarkan lebih 50 perisa aiskrim gelato yang lazat dan unik.
    Dream Cones Brunei menawarkan lebih 50 perisa aiskrim gelato yang lazat dan unik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda