Drogba hadapi tekanan baharu

ABIDJAN, 15 JULAI – Tawaran Didier Drogba untuk jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Ivory Coast (FIF) mendapat keputusan yang tidak memihaknya kelmarin ketika persatuan pemain negara (AFI) mengumumkan akan menyokong saingannya.

Drogba memerlukan pencalonan dari salah satu daripada lima badan yang layak untuk bertanding.

AFI adalah yang keempat membuat pilihannya dan tiga persatuan lain telah mengumumkan sokongan mereka, memutuskan untuk menentang pemain penjaring terbanyak pasukan kebangsaan sepanjang masa itu.

AFI mengatakan pihaknya menyokong naib presiden FIF sekarang ini, Idriss Diallo, yang mendapat sokongan dari bekas pemain antarabangsa Bonaventure Kalou, Cyril Domoraud dan Ahmed Ouattara.

“Sejajar dengan majoriti anggotanya, ahli lembaga memutuskan untuk memberikan tajaan AFI ke dalam senarai yang dipimpin oleh Idriss Diallo,” kata AFI dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh setiausaha agungnya, Aruna Dindane, yang juga merupakan bekas pemain antarabangsa. – AFP