Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Dron bawah air seludup dadah dirampas

    MADRID, 4 JULAI – Enam dron bawah air yang mampu membawa dadah dengan kuantiti yang besar dari Maghribi ke Sepanyol berjaya dirampas oleh polis Sepanyol dan memberkas kumpulan yang disyaki menghasilkan dadah tersebut.

    Pegawai berjaya merampas enam dron bawah air dan menahan lapan orang dalam serbuan yang dijalankan di Barcelona serta wilayah Malaga dan Cadiz, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis.

    Menurut polis, serbuan tersebut adalah kali pertama mereka berjaya merampas peralatan sedemikian, di mana ia dikenali sebagai kenderaan bawah air tanpa pemandu (UUV).

    Mereka percaya geng tersebut telah mengubahsuai dron bawah air agar mampu menampung kuantiti berat untuk kegunaan dalam organisasi jenayah. “Peralatan seperti ini membolehkan aktiviti penyeludupan dadah dengan kuantiti besar dijalankan menggunakan alat kawalan jauh melepasi Selat Gibraltar,” menurut kenyataan.

    Dron tersebut memiliki 12 motor setiap satu dan boleh dikawal sehingga jarak 30 kilometer. Dengan cara sedemikian, ia mudah melepasi laluan bawah air melepasi Selat Gibraltar yang memisahkan Sepanyol dari Maghribi dengan hanya jarak 15 kilometer. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...