Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dron kembali pantau konflik di Ukraine

    DRON yang dilengkapi dengan teknologi penglihatan malam kini boleh terbang sejauh 200 kilometer selama satu jam dan merupakan satu alat teknologi baharu yang digunakan untuk memantau kawasan yang sentiasa bergelut dengan risiko konflik di Timur Ukraine.

    Bersama-sama dengan 700 alat pengawasan manusia, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), dron ini menggunakan sebuah armada dron yang mampu untuk terbang dalam jarak yang dekat, sederhana dan jauh, sekali gus berpotensi untuk memeriksa perjanjian damai yang sedang dilaksanakan dalam konflik yang telah mengorbankan sekitar 10,000 nyawa lebih dari empat tahun yang lalu.

    Apa yang menjadi satu perkara mengagumkan dari aset teknologi ini ialah penggunaan Camcopter S-100, yang mampu untuk bergerak sejauh 160 km dan terbang sehingga enam jam pada satu masa serta mampu memancarkan imej yang berkualiti tinggi.

    “Ia sesuatu yang luar biasa, malah saya boleh nampak orang merokok pada malam hari dengan hanya jarak lima kilometer daripada saya,” kata bekas pengendali S-100 Camcopter kepada AFP.

    OSCE telah berhenti menggunakan dron di rantau berkenaan pada bulan Ogos 2016, akibat peningkatan konflik pertempuran dalam perang yang mana telah mencalarkan lagi hubungan antara kawasan Barat dan juga Moscow.

    Apa yang menjadi satu perkara mengagumkan dari aset teknologi ini ialah penggunaan Camcopter S-100, yang mampu bergerak sejauh 160 km dan terbang sehingga enam jam pada satu masa. – AFP
    Penggunaan teknologi udara tanpa pemandu jarak jauh membolehkan SMM memantau konflik dengan lebih dekat. – AFP

    Namun Misi Pemantaun Khas (SMM) pada minggu lepas telah melancarkan semula penggunaan dron jarak jauh berikutan konflik gencatan senjata baharu antara tentera Ukraine dengan pemberontak yang disokong Rusia telah dipersetujui.

    “Penggunaan teknologi seperti teknologi udara tanpa pemandu jarak jauh membolehkan SMM untuk memantau keadaan berkonflik dengan lebih dekat, terutamanya di kawasan yang sukar dicapai oleh rondaan darat atau di mana pengawasan kami yang terhad, terancam dan berisiko,” Timbalan Ketua Pemantau, Alexander Hug berkata kepada media.

    OSCE berharap agar dron jarak jauh ini akan dapat membantu memperlihatkan senjata berat seperti kereta kebal atau sistem peluru berpandu, penempatan di kawasan sempadan yang dekat yang telah dilarang dalam perjanjian perdamaian.

    “Kami mengharapkan pelbagai pihak, setelah perjanjian perdamaian ini diraih, untuk tidak menggangu, menjejaki, menembak atau sebaliknya, berikutan operasi UAV ini,” kata Hug lagi kepada wartawan AFP.

    Dron ditembak jatuh

    Hug menambah bahawa penggunaan dron ini digantung selepas tiga dron telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dilepaskan dari darat ke ruang udara sebelum ini.

    “Ini kerana aset teknologi dan pengawasan kami untuk melihat fakta-fakta yang tidak selesa dan sukar untuk dibaca untuk sesetengah individu,” kata Hug lagi. Dia berhenti sejenak dan berkata pihak mana yang bertanggungjawab menembak jatuh dron tersebut.

    Pada bulan Jun 2016, apabila OSCE melaporkan bahawa dua buah dron mereka hilang dalam masa seminggu, misi tersebut membuktikan dan menjangkakan bahawa salah satu dron itu telah memasuki kedudukan pemberontak di timur laut ibu negara De Facto Donetsk.

    OSCE berharap agar dron jarak jauh ini akan dapat membantu memperlihatkan senjata berat seperti kereta kebal atau sistem peluru berpandu. – AFP

    Pasukan pengawasan mempunyai satu lagi dron pengawasan yang telah ditembak jatuh tidak lama selepas gajet ini melihat sistem peluru berpandu dari permukaan darat ke udara di rantau separatis timur laut Donetsk pada bulan Mei 2016.

    Aset yang mahal

    Pada hari Rabu yang lalu, sebuah mesin seperti helikopter putih dengan inskripsi ‘OSCE’ berlepas untuk menjalani ujian penerbangan selama 10 minit dari Lapangan Terbang di Stepanivka, sebuah kampung yang dikawal oleh Kiev iaitu kira-kira 30 kilometer dari ibu kota tersebut.

    “UAVs jarak jauh SMM yang telah dilancarkan itu akan beroperasi di kawasan Donetsk dan Lugansk,” tambah Hug lagi.

    Dua kamera yang berteknologi tinggi dan mahal serta boleh mengambil imej pada waktu malam telah dipasang dalam dron tersebut namun dibatasi oleh rasa kebimbangan keselamatan, kata OSCE dalam satu kenyataan.

    Konflik itu berpunca daripada pemberontakan yang meletus di seluruh bahagian timur perindustrian Ukraine menentang kerajaan Pro-Barat di Kiev yang berlaku pada bulan April 2014.

    Ukraine dan kawasan Barat negara itu telah menuduh Rusia kerana menggerakkan rusuhan dan menghantar tentera serta peralatan di seluruh bahagian sempadan yang kini berada di bawah kawalan pemberontak. Dibina oleh syarikat Schiebel Austria, dron Camcopter S-100 dilaporkan bernilai ratusan ribu dolar AS telah digunakan oleh beberapa angkatan bersenjata termasuk Angkatan Tentera Laut Perancis. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda