Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Dron Rusia serangan pelabuhan Izmail

    KYIV, UKRAINE, 13 SEPT – Dron Rusia menyerang pelabuhan sungai Danube di Izmail di selatan Ukraine hari ini, kata gabenor wilayah itu, ketika Moscow terus menyasarkan laluan eksport penting Kyiv.

    Tentera Ukraine mendakwa 32 buah dron berjaya ditembak jatuh semasa serangan, di mana gabenor berkata beberapa orang mengalami kecederaan dan menyebabkan kebakaran.

    “Tujuh orang awam cedera akibat serangan dron Rusia di daerah Izmail. Enam orang di Reni dan seorang di Izmail,” kata gabenor wilayah Odesa, Oleh Kiper melalui media sosial.

    “Kerosakan ke atas pelabuhan dan infrastruktur awam lainnya telah direkodkan,” katanya.

    Sejak menarik diri daripada perjanjian yang diaturkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membenarkan laluan selamat penghantaran bijirin melalui Laut Hitam, Rusia meningkatkan serangan ke atas infrastruktur pengeksport bijirin Ukraine di selatan wilayah Odesa dan Mykolaiv.

    Izmail, yang berada di sempadan dengan negara anggota NATO iaitu Romania, menjadi laluan eksport utama bagi produk pertanian Ukraine sejak Rusia menarik diri daripada perjanjian bijirin pada Julai.

    Pasukan Pertahanan Selatan Ukraine kemudian mengongsikan melalui Telegram bahawa serangan di wilayah Odesa berlarutan selama empat jam setengah.

    Serangan dron ‘disasarkan ke atas infrastruktur awam di Danube,’ menurut pasukan pertahanan.- AFP

    Paramedik Ukraine memindahkan tentera yang mengalami kecederaan selepas tiba dari medan perang berhampiran Bakhmut, 10 September 2023.- AP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...