TEHRAN, 12 Feb – Sebuah agensi berita separa rasmi Iran melaporkan bahawa dron milik tentera udara Iran telah terhempas di bandar pelabuhan selatan, Jask.
Laporan hari ini oleh Tasnim yang mempunyai hubungan dengan pihak ketenteraan, mengatakan asap tebal menjulang dari tapak nahas di pusat bandar Jask, kira-kira 1,500 kilometer tenggara bandar Tehran. Laporan itu tidak memberi butiran tambahan.
Jask, pelabuhan perikanan, adalah kawasan terletaknya pangkalan tentera udara Iran di Laut Oman.
Laporan tentang dron dan kapal terbang ringan terhempas adalah lumrah di Iran, yang mana keadaan cuaca kerap teruk dan langkah keselamatan kerap tidak diendahkan. – AP