Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Droupadi Murmu presiden baharu India

    NEW DELHI, 22 JULAI – Seorang ahli politik wanita daripada komuniti puak di negeri timur Odisha bakal menjadi presiden baharu India.

    Droupadi Murmu (gambar-AFP), 64, akan menjadi presiden wanita kedua negara itu apabila menggantikan Ram Nath Kovind, 76, yang akan tamat penggal lima tahunnya 24 Julai ini.

    Murmu, yang dicalonkan oleh parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) menewaskan calon pembangkang Yashwant Sinha, 84.

    Sinha bekas menteri kewa-ngan yang meletak jawatan daripada BJP pada 2018 kerana berbeza pandangan politik turut mengucapkan tahniah kepada Murmu. 

    “India berharap sebagai presiden ke-15 republik itu beliau dapat berfungsi sebagai penjaga Perlembagaan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” kata Sinha dalam satu kenyataan.

    Pengundian diadakan pada Isnin dan pengiraan undi selesai pada Khamis.

    Presiden India dipilih secara tidak langsung oleh anggota dewan secara undi elektoral.

    Murmu, yang berasal daripada puak Santhal di daerah Mayurbhanj Odisha dan pernah menjadi guru sekolah sebelum menyertai politik dan berkhidmat sebagai ahli parlimen dan menteri Odisha.

    Murmu bersara sebagai Gabenor Jharkhand pada 2021.

    “Beliau mempunyai tempoh yang sangat baik sebagai Gabenor Jharkhand.

    “Saya pasti beliau akan menjadi presiden yang cemerlang, memimpin India terus maju ke hadapan dan mengukuhkan perjalanan pembangunan India,” kata Perdana Menteri Narendra Modi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...