Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    DST taja perhubungan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Sebagai sokongan dalam sama-sama menangani COVID-19 di negara ini, Datastream Digital Sdn Bhd (DST) telah menaja 25 set telefon bimbit dan 15 router bersama kad MOBI SIM bagi kesalinghubungan jalur lebar tanpa wayar yang ditempatkan di pusat-pusat pengasingan serta 1,000 karton air botol DST kepada Kementerian Kesihatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, tajaan itu disampaikan bagi pihak Datastream Digital Sdn Bhd (DST) oleh Pengarah Jualan (Pasaran Massa), Jualan dan Pemasaran Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Awang Harpan bin Haji Yusof kepada wakil Kementerian Kesihatan, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kesihatan, Dayang Sufinah binti Haji Serudin, kelmarin.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan juga menerima sokongan daripada DST dengan adanya siaran radio, SMS dan media sosial kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam berkaitan dengan berita serta kesedaran tanggungjawab sosial dan pencegahan berhubungan dengan COVID-19.

    Tajaan itu akan membantu membolehkan kementerian melaksanakan tugas hariannya dalam pengurusan kes-kes COVID-19 dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan COVID-19 di negara ini.

    Kenyataan juga menjelaskan bahawa tajaan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat bagi DST dalam membantu Kementerian Kesihatan menangani pandemik COVID-19.

    Awang Harpan menyampaikan tajaan daripada DST kepada Kementerian Kesihatan yang diterima oleh Dayang Sufinah. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda