Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    DSV disihir?

    Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) berasa pelik apabila ada pelanggan mengadu tidak menemui kedai Boba Love Cik B milik anaknya meskipun ia terletak berhampiran kawasan jalan raya.

    Vida atau Hasmiza Othman berkata, tidak hanya itu, ada pelanggan juga memberitahu berasa kecewa apabila sampai ke lokasi kedai itu di Taman Keledang Jaya, Ipoh, tutup meskipun ia dibuka setiap hari.

    Pada awalnya kata Vida, biarpun pelik namun dia enggan mempercayai bahawa kedai tersebut telah disihir seseorang namun pertemuan dengan seorang pengamal perubatan Islam telah menceritakan sebaliknya.

    “Saya nak cakap, saya rasa tidak tercakap nak percaya atau tidak mahu percaya.

    “Tetapi saya nak beritahu, sihir orang nampak kedai tutup, tidak nampak kedai apabila saya pergi berubat, orang itu kata ada benda tergantung dekat pokok,” katanya.

    Vida enggan mendedahkan identiti individu yang dikatakan melakukan sihir kepadanya kerana ingin menjaga aib. – Agensi

    Vida membuat perkongsian mengenai kisah kedai anaknya itu disihir menerusi YouTube.

    Dalam perkongsian itu, Vida turut menunjukkan beberapa batang pokok pisang berdekatan dengan kedai tersebut sebelum berjaya menjejak ‘barang’ tergantung seperti diperkatakan ustaz berkenaan.

    Bercerita lanjut mengenai insiden itu, Vida berkata, dia bergegas ke lokasi kedainya pada pukul 3 pagi untuk menebang pokok pisang berkenaan.

    “Inilah orang Melayu dengki, nak tengok saya jatuh. Orang yang sebelum ini ramai tiba-tiba menjadi kosong.

    “Bukan orang tidak mahu datang, tetapi mereka kecewa kerana cari kedai tak jumpa,” jelasnya.

    Biarpun hatinya terluka akibat perbuatan sihir, Vida walau bagaimanapun berkata dia tidak mahu memanjangkan perkara tersebut meskipun mengetahui dalang di sebalik khianat itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...