Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua adik-beradik maut terlibat kemalangan

    TENOM, 18 Jan – Dua beradik maut dan tiga lagi cedera, seorang daripadanya parah, dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori tiga tan dengan sebuah kereta di Jalan Lagud Seberang, dekat sini, hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, dua beradik terbabit, William Eng Vui Yang, 27, dan Eng Vui Ying, 26, meninggal dunia di tempat kejadian.

    Mangsa yang cedera parah pula ialah Fo Ket Tang, 27, manakala sepupunya, Wilson Eng Vui Quan, cedera ringan. Keempat-empat mangsa berada di dalam kereta yang sama. Manakala, pemandu lori Cheew Voi Tsong, 48, turut mengalami cedera ringan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda