Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua ahli kongres positif COVID-19

    WASHINGTON, 19 MAC – Dua orang ahli penggubal termasuk perwakilan Florida kelmarin menjadi ahli kongres pertama yang diumumkan positif koronavirus selepas menjalani ujian.

    Pejabat ahli kongress, Mario Diaz-Balart berkata dalam kenyataan bahawa ‘baru-baru ini, beliau telah diberitahu bahawa beliau telah diuji positif menghidapi COVID-19’.

    Ahli Republikan yang mewakili sebahagian bandar Miami tersebut mengikut jejak datuk bandar, Francis Suarez, di mana beliau mengumumkan beliau telah diuji positif dijangkiti koronavirus pada minggu lalu.

    Mereka mengikut garis panduan pengasingan diri yang ditetapkan oleh CDC di rumah masing-masing.

    Diagnosis Diaz-Balart telah mendorong ahli kedua Republikan, Steve Scalise, untuk melakukan pengasingan diri kerana beliau sebelum ini pernah mengadakan perjumpaan dengan rakan sekerja beliau pada minggu lalu.

    “Mujur saya tidak mengalami sebarang gejala, dan akan terus bekerja berasingan berdasarkan respons koronavirus oleh Kongres” dan akan berhubung secara terus dengan pegawai pentadbiran Trump untuk memastikan segala tindakan segera yang dilaksanakan untuk mengatasi krisis diteruskan, Scalise berkata dalam kenyataan.

    Di negeri barat Utah, ahli Demokrat, Ben McAdams menjadi ahli kongres kedua yang diuji positif.

    Selepas mengalami selesema ringan apabila pulang dari Washington, “gejala saya semakin teruk dan saya mulai rasa demam, batuk kering, sukar bernafas dan saya terus mengasingkan diri,”McAdams berkata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda