Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Dua ahli MPWNBD terima anugerah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Dua orang ahli Majlis Perniagaan Wanita Negara Brunei Darussalam (MPWNBD) yang bergiat aktif dan telah mencapai kejayaan dalam perniagaan telah berlepas ke Jakarta, Indonesia untuk menerima anugerah di bawah Program Awardee anjuran Rangkaian Usahawan Wanita ASEAN (AWEN) Indonesia yang selaku tuan rumah program tahun ini.

    Delegasi turut diiringi oleh tiga ahli lain MPWNBD yang diketuai oleh Naib Yang DiPertua, Hajah Mordiah binti Haji Jackia.

    Semasa ditemui di Ruang Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Hajah Mordiah antara lain menjelaskan, penyertaan negara dalam program itu adalah kali ke-9 dan pada tahun ini, negara telah mencalonkan dua ahli MPWNBD yang aktif dalam produk makanan dan kraf tangan.

    Penerima anugerah berkenaan ialah Hajah Sabdiah binti Modin yang aktif dalam kuih-muih tradisional Brunei manakala Hajah Azimah binti Abdullah pula bergiat aktif dalam kraf tangan anyaman bakul.

    Beliau seterusnya menjelaskan, pemilihan dan penilaian yang dibuat oleh MPWNBD berdasarkan penglibatan aktif dalam aktiviti berpersatuan, keagamaan dan lainnya.

    Delegasi MPWNBD bergambar ramai sebelum berlepas ke Jakarta, Indonesia.

    Sementara temu bual media dengan kedua-dua penerima anugerah itu, masing-masing melahirkan rasa syukur dengan anugerah yang julung kalinya diterima di luar negara dan tidak menyangka akan tercalon untuk mendapat anugerah seumpamanya.

    Hajah Sabdiah merupakan pengusaha produk kuih-muih tradisional Brunei bagi Syarikat Puncak Rezeki Trading dan pernah menerima anugerah dalam Anugerah Makanan Brunei 2021.

    Beliau berharap dengan anugerah yang diterima itu, produk kuih-muih tradisional yang dihasilkan akan dapat dikembangkan lagi ke luar negara dan menjadi pilihan ramai.

    Manakala itu, Hajah Azimah dicalonkan setelah melihat penglibatan dalam penyertaan ekspo bukan saja dalam negara malahan di luar negara.

    Beliau berhadap dengan anugerah yang diterima itu, ia akan menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha dan memajukan serta mengembangkan dan mempelbagaikan lagi produk bakul anyaman ke pasaran luar negara.

    Turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Di-Pertua MPWNBD, Datin Paduka Hajah Rokiah binti Haji Zakiah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...