Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dua anak damit meninggal akibat sejuk melampau

    HARANBUSH, SYRIA, 1 FEB – Dua anak damit Syria meninggal dunia akibat cuaca sejuk yang ekstrem di barat laut Syria di mana salji dan hujan telah memusnahkan khemah ratusan buah keluarga yang ditempatkan di sana, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hari ini.

    “Seorang anak damit perempuan berusia tujuh hari dan seorang anak damit perempuan berusia dua bulan meninggal dunia akibat kesejukan di wilayah Idlib,” kata agensi kemanusiaan PBB, OCHA kepada AFP.

    Menurut koresponden AFP di utara Idlib, kedua-dua kanak-kanak itu disahkan maut hari ini.

    Mereka dibawa ke hospital pakar Al-Rahman di kampung Haranbush, Idlib yang menerima ramai kanak-kanak beberapa hari kebelakangan di tengah-tengah suhu di paras sifar, menurut koresponden. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...