Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Seramai dua anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah dinaikkan pangkat dan diraikan dalam majlis menerima tanda pangkat yang diadakan di Mes Pegawai, Ibu Pejabat JBP, Lapangan Terbang Lama Berakas, hari ini.
Penyampaian tanda pangkat bagi jawatan penolong pegawai balai itu telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Perancangan Latihan dan Kakitangan, Hajah Mayang binti Haji Hussin.
Turut hadir ialah penolong pengarah, pegawai kanan, pegawai, anggota serta kakitangan JBP dan ahli keluarga pegawai-pegawai yang diraikan di majlis berkenaan.
Penerima tanda pangkat berkenaan ialah ahli Bomba Kanan, Haji Kamal bin Haji Judin dan ahli Bomba Kanan, Awang Mohammad Rafie bin Abdul Latif untuk dinaikkan pangkat dan ditetapkan dalam jawatan berkenaan.


Majlis kenaikan pangkat itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, yang dibacakan oleh ahli Bomba Kelas Satu, Awang Razmi bin Haji Johari diikuti dengan penyampaian tanda pangkat kepada kedua penerima.
Dalam kesempatan ini, JBP tidak lupa mengucapkan tahniah di atas kenaikkan pangkat tersebut dan diharapkan ia menjadi dorongan untuk meningkatkan lagi komitmen, kualiti, produktiviti dan mutu kerja yang lebih efektif ke arah kecemerlangan bagi visi dan misi JBP.