Dua askar Pakistan terbunuh dalam pertempuran

ISLAMABAD, 21 JUN – Dua askar Pakistan terbunuh dalam pertempuran dengan militan di rantau suku barat laut dekat sempadan Afghanistan, menurut tentera hari ini.

Insiden berlaku di sempadan daerah Waziristan utara dan selatan, di mana operasi tentera telah dilancarkan beberapa tahun kebelakangan bagi menentang militan tempatan dan asing. Askar-askar diserang semasa rondaan rutin, menurut kenyataan tentera.

“Seorang pengganas juga terbunuh,” tambahnya. – AFP