Dua badak sumbu Jawa dikesan di taman Indonesia

JAKARTA, 20 SEPT – Dua anak badak sumbu Jawa yang jarang ditemui telah dikesan di taman negara Indonesia, merangsang harapan bagi masa depan salah satu mamalia paling terancam di dunia.

Anak badak sumbu itu – yang betina dinamakan Helen dan jantan digelar Luther – dilihat bersama ibunya dalam rakaman yang diambil oleh hampir 100 kamera yang dipasang di taman negara Ujung Kulon antara Mac dan Ogos, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan hari ini.

Di pinggir Jawa, wilayah Banten, Ujung Kulon adalah habitat liar terakhir bagi badak sumbu Jawa. Selepas bertahun-tahun bilangannya merosot, kemunculan anak badak itu membawa jumlah mamalia itu kepada 74 ekor.

Tempat perlindungan itu menempatkan 5,100 hektar hutan hujan dan anak sungai air tawar. – AFP

Imej bertarikh 22 Mei 2020 menunjukkan anak badak sumbu jantan digelar Luther (kiri) di taman negara Ujung Kulon di wilayah Banten, Indonesia. – AFP