Dua banduan maut dalam penjara

TEHRAN, 26 SEPT – Pihak berkuasa penjara Iran mengesahkan kematian dua banduan dalam masa seminggu di sebuah penjara selatan bandar itu dan membuka siasatan ke atas kejadian tersebut.

“Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat kematian Amir-Hossein Hatami di penjara Grand Tehran,” kata pihak berkuasa penjara di bandar itu mengumumkan dalam kenyataan ringkas dikeluarkan pada Sabtu.

Akhbar Ghanoun berkata Hatami berusia 22 tahun bekerja di bazar Tehran dan telah ditangkap selepas terlibat dalam kejadian pergaduhan.

Pada Khamis, ketua penjara Iran, Mohammad-Mehdi Hadj-Mohammadi, mengarahkan siasatan ke atas kematian Chahine Nasseri, banduan lain di Grand Tehran, terletak kira-kira 30km dari bandar itu.

Hadj-Mohammadi bulan lalu memaklumi kes-kes mengenai ‘kelakuan tidak dapat diterima’ selepas rakaman pengawal penjara memukul dan menzalimi tahanan telah dilaporkan, diperolehi oleh penggodam yang dapat mengakses kamera pengawasan di penjara Evin, Tehran.

Iran sering mempertahankan dirinya menafikan laporan daripada PBB ataupun kumpulan hak asasi antarabangsa yang mengecam cara layanannya ke atas banduan-banduan. – AFP