Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Dua beradik lelaki telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan menceroboh masuk rumah untuk melakukan kesalahan curi.
Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Mardhi bin Lit, 33, dan Hirman bin Lit, 36, yang didakwa melakukan kesalahan antara Mei dan 23 Jun 2018 di Kampung Pengkalan Sibabau, Jalan Kota Batu.
Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud membuat permohonan untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Perantaraan dan dibenarkan oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman yang turut memerintahkan kedua-dua tertuduh ditahan reman di Penjara Jerudong sehingga sebutan seterusnya.