Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Dua beradik Dusun terima hidayah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 6 OKT – Dua orang adik-beradik berbangsa Dusun, yang merupakan warga Pusat Bahagia, telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup mereka dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang berlangsung di Dewan Pusat Bahagia, Daerah Tutong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad, dan datin.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari; Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, dan Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Salleh.

    Majlis pengislaman Shahrul Nizam bin Sulaiman yang memilih nama Islamnya sebagai Shahrul Nizam bin Sulaiman dan adiknya, Nurul Shahniza binti Sulaiman, kini dikenali sebagai Nurul Shahniza binti Sulaiman, telah disempurnakan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Unit Dakwah Daerah Tutong), PDI.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dan diikuti dengan bacaan Al-Quran oleh pelatih Pusat Bahagia Tutong.

    Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baharu yang diraikan serta penyampaian cenderahati daripada Pusat Bahagia dan PDI yang disempurnakan oleh tetamu kehormat sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan cenderahati kepada saudara-saudara baharu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...