Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Dua beradik berbangsa Iban telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup mereka dan telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Bilik Al-Muhtadiin, Tingkat 2, Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan lafaz pengislaman Willey Ruzzini Anak Seruji, 29, yang telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Zuhairie bin Seruji dan Waniza Raffiza Anak Seruji, 19, yang memilih nama Nur Zahira binti Seruji.
Majlis pengislaman disempurnakan oleh pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman) dan diserikan dengan laungan Dikir Marhaban.
Kemudian, tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada saudara-saudara baharu itu sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.