Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dua beradik selamat selepas hanyut akibat enjin bot rosak

    LABUAN, 3 APRIL – Dua beradik yang dikhuatiri hilang selepas gagal pulang daripada aktiviti memancing di kawasan laut Semarang sejak semalam, telah ditemui dengan selamat.

    Muhammad Nuhidayat Jafari, 18, dan abangnya Muhammad Nabil Jafari, 22, diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pagi tadi.

    Kedua-duanya dilaporkan telah keluar ke laut pada jam 5 pagi 2 April, namun enjin bot mereka rosak ketika sedang memancing, tetapi sempat membuat panggilan kepada ibu mereka hari ini, yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

    Ketua APMM Zon Labuan, Kepten Nurdin Jusoh berkata bot peronda dikerahkan membuat operasi mencari selepas pihaknya menerima laporan 8:40 pagi tadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...